web stats Toad Jumping Up and Down

PENGENALAN KEPADA DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN



Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah;
1.    Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
2.    Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;
3.    Mengkaji semula dasar; dan
4.    Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah diluluskan oleh Pengarah IKM Kota Kinabalu. Pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen,
OBJEKTIF
Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;
i.        Menyatakan tumpuan dan komitmen IKM Kota Kinabalu dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.
ii. Mengariskan dasar dan objektif IKM Kota Kinabalu dalam membangun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.
iii. Menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab organisasi serta perkiraan-perkiraan yang perlu diambil untuk memastikan pernyataan dasar direalisasikan;

iv. Menjelaskan secara ringkas sistem keselamatan yang dilaksanakan serta menetapkan standard yang perlu dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan